Monday, August 16, 2010

SAGU GULA MELAKA

bahan2:

1 tin susu cair / santan

1 cawan sagu mata ikan
2 cawan air
sedikit garam

1 ketul gula melaka
1 Helai daun pandai
1 cwan air

Caranya:

1. Cuci sagu mata ikan dan kemudian masukkan kedalam periuk bersama 2 cawan air. Diatas api yang kecil, kacau sagu mata ikan sehingga kembang. Sekiranya air tidak mencukupi. tambah sedikit lagi. Masukkan secubit garam untuk menjadikan nya berasa agak lemak.

2. Apabila sudah kembang, angkat dan masukkan kedalam beberapa bekas kecil.

3. Masakkan gula melaka/ gula kerek dalam periuk lain bersama dengan daun pandan.

4. Tuangkan 2 sdb air gula kedalam bekas sagu tadi bersama dengan susu..


note: sumber resepi dr Dapur Maklang (http://daridapurmaklang.blogspot.com)...


p/s: igt nk buat kuih ni la...sagu pon dh beli...tggu wekend jerrr...sedap nih wt berbuka...

No comments:

Post a Comment