Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, August 16, 2010

PAJERI NENAS – VER.2

Bahan A

1 biji nenas, potong kecil
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Bahan B – bahan tumbuk
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan C
1 inci
kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan, bancuh dengan air

Cara Menyediakannya

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.


Nota:
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

p/s: bl la nk wt nih..nenas dh ade...tp santan yilek pocik...huhu...makanye kena tngu ekend la boli santan...

SAGU GULA MELAKA

bahan2:

1 tin susu cair / santan

1 cawan sagu mata ikan
2 cawan air
sedikit garam

1 ketul gula melaka
1 Helai daun pandai
1 cwan air

Caranya:

1. Cuci sagu mata ikan dan kemudian masukkan kedalam periuk bersama 2 cawan air. Diatas api yang kecil, kacau sagu mata ikan sehingga kembang. Sekiranya air tidak mencukupi. tambah sedikit lagi. Masukkan secubit garam untuk menjadikan nya berasa agak lemak.

2. Apabila sudah kembang, angkat dan masukkan kedalam beberapa bekas kecil.

3. Masakkan gula melaka/ gula kerek dalam periuk lain bersama dengan daun pandan.

4. Tuangkan 2 sdb air gula kedalam bekas sagu tadi bersama dengan susu..


note: sumber resepi dr Dapur Maklang (http://daridapurmaklang.blogspot.com)...


p/s: igt nk buat kuih ni la...sagu pon dh beli...tggu wekend jerrr...sedap nih wt berbuka...